Review Sk-ii trial set

Testimoni SK II set basic

Assalamaualaikum semua
Hari ni wani nak kongsi dengan korang semua skincare yang wani dah guna selama hampir 6 tahun, iaitu set basic SK II. Semua kenal kan dengan SK II. Tipu la korang tak pernah dengar, sebab dalam tv selalu gak iklan terutama bila dorang nak introduce produk baru.

Sebelum terjebak dengan SKII ni, wani pernah pakai macam2 produk. Masa remaja pakai safi. Bila masuk matrik dah ada duit sikit wani start pakai loreal. Masa tu kulit memang tak de masalah langsung. Masa muda bergetah kan. Lepas tu masuk Uni, kawan Mak promote felisa, masa tu felisa ni famous ko, harga pun blh tahan kopak wallet. Sebelum masuk U, sempat la wani jadi Cikgu ganti, so ada la duit sikit kenn. Lama betul setia dgn felisa ni, sampai habis U, lepas tu sambung master, dalam 5 tahun jugak. Masa tu kulit cantik betul ( semua org dk tanya wani pakai produk apa). Lepas tu sampai satu tahap, rasa mcm haih macam dah tak berkesan je. Pastu felisa ni dah mula susah nak dapat. Lepas tu kulit muka wani jadi kusam. 😭

Kakak doktor suggest wani pakai produk Cliv. Produk ni dari Korea dan hanya di jual di klinik-klinik tertentu. Pakai basic set saja tapi sebab tak consistance maka tak berapa berkesan. Tapi muka tak ada masalah jerawat. Lepas dapat tukar ke sekolah baru, kawan satu sekolah suggest pakai tabita. Part ni bermula episode durjana kulitku 😭😭. Celaka betul la org buat skincare merkuri ni. Lepas berhenti pakai habis kusam kulit. Jeragat macam nak nampak.

Tapi wani pakai sekejap je. Sebab pregnant dan masa tu dah ada kesedaran dah pasal krim timbang kilo ni. Sehingga la ternampak post org jual set basic Sk-ii Kat facebook. Sebelum ni memang teringin nak try tapi tengok harga macam takut nak beli. Masa tu seller tu jual Rm150 dapat 4brg saiz trial. Walaupun rasa takut-takut nak beli sebab takut terbeli yang fake, ku gagahkan hatiku demi mahu membaikpulih kulitku yang kusam tahap maut.

Sebelum tido wani pakai, bangun pagi esoknya maid tegur cakap kulit wani berseri macam pakai mekap. 💃🏻 Teruja sangat masa tu. Lepas dari tu terus rajin mengkaji dan baca macam-macam info pasal Sk-ii. Kebetulan wani cuti tanpa gaji, jadi ada masa sikit nak buat research.

 Next entry wani review produk Sk-ii yang lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Review produk BB cream

Review produk myracles collagen spray dan sabun pencuci