Review produk myracles collagen spray dan sabun pencuci

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali pertama ini, saya nak bagi review tentang produk myracles collagen spray dan sabun pencuci yang saya guna selama hampir 2 bulan. Di atas ini adalah gambarnya.

Nampak iklan kat facebook dan testimoninya sangat mengujakan saya, maka dengan tanpa membuang masa terus order melalui online. Teringat testimoni yang saya terbaca di internet yang bermaksud lebih kurang macam ni, 'tak perlu dah beli produk skincare yang mahal-mahal ribu riban,cukup dengan produk ni, kulit jadi mulus, tegang, cantik dan cerah sekata'. Akibat dari komen ini maka saya makin tak sabar-sabar nak cuba.

Ok, mula-mula cerita pasal bau dulu. Bau spray ni sangat best dan bila di'spray' rasa sangat segar. Rasa la jugak sikit-sikit kulit muka macam tegang. Oleh kerana 'eyebag' saya tak ketara sangat, maka saya tak nampak la perubahan yang 5 minit dikatakan kat iklan. Sabun dia memang tak ada bau ketara. Bila pakai kulit tak rasa bersih sangat sebab lepas cuci kulit masih rasa kasar. Day by day, saya pakai sampai dekat 2 bulan, nampak tak ada perubahan sangat jadi saya pun berhenti. Muka saya memang tak ada masalah sangat. Tapi iklan yang dikatakan dapat mengurangkan 'whitehead' dan 'blackhead' saya tak berjaya saya dapat. Sob sob...sedey nya. 'White and blackhead' tetap masih ada di situ. Mungkin tak sesuai dengan saya. Tapi tengok orang lain macam best je resultnya..hukhukhuk. Tapi demi nak bagi suprise kat Encik Suami tercenta, maka dengan gigihnya saya pun men'google' maklumat skincare lain kat internet. Nak tau skincare apa, tunggu next entry ya.

Assalamualaikum.










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Review produk BB cream

Review Sk-ii trial set