Catatan

Review Sk-ii trial set

Testimoni SK II set basic Assalamaualaikum semua Hari ni wani nak kongsi dengan korang semua skincare yang wani dah guna selama hampir 6 tahun, iaitu set basic SK II. Semua kenal kan dengan SK II. Tipu la korang tak pernah dengar, sebab dalam tv selalu gak iklan terutama bila dorang nak introduce produk baru. Sebelum terjebak dengan SKII ni, wani pernah pakai macam2 produk. Masa remaja pakai safi. Bila masuk matrik dah ada duit sikit wani start pakai loreal. Masa tu kulit memang tak de masalah langsung. Masa muda bergetah kan. Lepas tu masuk Uni, kawan Mak promote felisa, masa tu felisa ni famous ko, harga pun blh tahan kopak wallet. Sebelum masuk U, sempat la wani jadi Cikgu ganti, so ada la duit sikit kenn. Lama betul setia dgn felisa ni, sampai habis U, lepas tu sambung master, dalam 5 tahun jugak. Masa tu kulit cantik betul ( semua org dk tanya wani pakai produk apa). Lepas tu sampai satu tahap, rasa mcm haih macam dah tak berkesan je. Pastu felisa ni dah mula susah nak dapat....

Review produk BB cream

Imej
Ni BB mouse maybelline. Sangat ringan. Rasa macam tak pakai apa-apa pun. Pakai sikit pun dah cukup. Lembut di muka. SPF pun tinggi 30++. Boleh direkemenkan. Tapi tak sesuai untuk saya. Sebab menjadikan kulit saya berminyak. Ni pulak BB krim paling best dan paling sesuai untuk saya setakat ni. Saya pakai dah setahun lebih tak habis-habis lagi. Saya beli kat klinik di Serdang Perdana, Selangor. Produk CLIV ni dari Korea dan hanya dijual di klinik sahaja. Sebab dorang nak jaga kualiti dan hanya doktor sahaja diberi kebenaran untuk jual. Saya pernah pakai jenama ni 1set yang mengandungi cleanser foam, toner, moisturizer dan UV protection (BB cream ni). Tak boleh maintain pakai satu set sebab susah dapatkan produk ni sejak berpindah ke JB. Pakai ni yang bestnya, kulit tak sunburn langsung. Harga agak lumayan RM100+ tak silap saya la. Tapi tahan setahun lebih tau kalau pakai 1kali sehari. Kalau sesiapa berminat nak cuba, boleh taip ni kat google, fusionscience.

Review produk myracles collagen spray dan sabun pencuci

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Entri kali pertama ini, saya nak bagi review tentang produk myracles collagen spray dan sabun pencuci yang saya guna selama hampir 2 bulan. Di atas ini adalah gambarnya. Nampak iklan kat facebook dan testimoninya sangat mengujakan saya, maka dengan tanpa membuang masa terus order melalui online. Teringat testimoni yang saya terbaca di internet yang bermaksud lebih kurang macam ni, 'tak perlu dah beli produk skincare yang mahal-mahal ribu riban,cukup dengan produk ni, kulit jadi mulus, tegang, cantik dan cerah sekata'. Akibat dari komen ini maka saya makin tak sabar-sabar nak cuba. Ok, mula-mula cerita pasal bau dulu. Bau spray ni sangat best dan bila di'spray' rasa sangat segar. Rasa la jugak sikit-sikit kulit muka macam tegang. Oleh kerana 'eyebag' saya tak ketara sangat, maka saya tak nampak la perubahan yang 5 minit dikatakan kat iklan. Sabun dia memang tak ada bau ketara. Bila pakai kulit tak rasa bersih sangat se...