Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Review produk BB cream

Imej
Ni BB mouse maybelline. Sangat ringan. Rasa macam tak pakai apa-apa pun. Pakai sikit pun dah cukup. Lembut di muka. SPF pun tinggi 30++. Boleh direkemenkan. Tapi tak sesuai untuk saya. Sebab menjadikan kulit saya berminyak. Ni pulak BB krim paling best dan paling sesuai untuk saya setakat ni. Saya pakai dah setahun lebih tak habis-habis lagi. Saya beli kat klinik di Serdang Perdana, Selangor. Produk CLIV ni dari Korea dan hanya dijual di klinik sahaja. Sebab dorang nak jaga kualiti dan hanya doktor sahaja diberi kebenaran untuk jual. Saya pernah pakai jenama ni 1set yang mengandungi cleanser foam, toner, moisturizer dan UV protection (BB cream ni). Tak boleh maintain pakai satu set sebab susah dapatkan produk ni sejak berpindah ke JB. Pakai ni yang bestnya, kulit tak sunburn langsung. Harga agak lumayan RM100+ tak silap saya la. Tapi tahan setahun lebih tau kalau pakai 1kali sehari. Kalau sesiapa berminat nak cuba, boleh taip ni kat google, fusionscience.

Review produk myracles collagen spray dan sabun pencuci

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Entri kali pertama ini, saya nak bagi review tentang produk myracles collagen spray dan sabun pencuci yang saya guna selama hampir 2 bulan. Di atas ini adalah gambarnya. Nampak iklan kat facebook dan testimoninya sangat mengujakan saya, maka dengan tanpa membuang masa terus order melalui online. Teringat testimoni yang saya terbaca di internet yang bermaksud lebih kurang macam ni, 'tak perlu dah beli produk skincare yang mahal-mahal ribu riban,cukup dengan produk ni, kulit jadi mulus, tegang, cantik dan cerah sekata'. Akibat dari komen ini maka saya makin tak sabar-sabar nak cuba. Ok, mula-mula cerita pasal bau dulu. Bau spray ni sangat best dan bila di'spray' rasa sangat segar. Rasa la jugak sikit-sikit kulit muka macam tegang. Oleh kerana 'eyebag' saya tak ketara sangat, maka saya tak nampak la perubahan yang 5 minit dikatakan kat iklan. Sabun dia memang tak ada bau ketara. Bila pakai kulit tak rasa bersih sangat se...